Thursday, September 30, 2010

WANG KHARIAT KEMATIAN

Saya baru tahu rupanya negeri Kelantan dan negeri Selangor ada menyediakan khariat kematian kepada warga emas.  Malah di Selangor ini meliputi semua kaum dan agama.

Ada kebaikan juga dengan Kerajaan Alternatif ini.  Sekurang-kurangnya ini sesuatu yang benar dan nyata serta adil dan saksama.  Di Selangor ada subsidi air lagi.

Hal-hal sentimen politik ini biarlah jadi mainan dan boneka orang politik saja

Monday, September 27, 2010

RUMAH TERUS TERBUKA

Setiap tahun ramai orang membuat rumah terbuka selepas balik dari beraya di kampung.  Anehnya juga disebut sebagai rumah terbuka kerana jika tak ada jemputan, kita tak la boleh pergi.

Kami sekeluarga tak pernah buat rumah terbuka tapi kiranya rumah sentiasa terbuka.  Saudara mara dan kawan rakan akan datang pada hari-hari minggu.

Hari ini rumah saya jadi rumah terbuka sejak pagi sampailah ke tengah malam.  Selepas satu keluarga, satu lagi datang.  Akhir sekali saudara pupu yang tinggal di Putrajaya datang selepas Maghhrib dan duduk berborak sampai hampir jam 12 tengahmalam.  Kiranya siap sampai makan malam dan supper.

Bila badan dah terlalu letih, sudah pula nak tidur.  Jadi duduk lepak dengan cik lappy di Mayalah dulu.  :)

Saturday, September 18, 2010

PENJENAYAH TERTENTU 'BAIK BUDI BAHASANYA'

Dengan tersebar luas mengenai suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, kita bertambah yakin bahawa penjenayah memang mempunyai skil dalam komunikasi.  Lazimnya mereka kelihatan baik dan berbudi bahasa.

Inilah yang sering berlaku dengan jenayah ragut dan samun lari serta kecurian disekitar kawasan perumahan.  Pelaku akan menghampiri mangsa dengan pura-pura bertanya arah jalan ke sesuatu tempat dengan muka orang yang sudah keliru, keletihan dan sebagainya.  Cara bertanya juga agak sopan.

Tahu-tahu sekejap nanti adalah kes jenayah!

Begitu juga dengan kes kecurian kecil.  Umpamanya mencuri barang-barang peribadi seperti kasut baru/berjenama di depan pintu masuk ataupun mencuri hasil tanaman.  Kalau terserempak dengan sesiapa mereka akan pura-pura bertanyakan sesuatu yang relevan.  Ada juga pencuri hasil tanaman di luar pagar yang berbicara baik meminta sebiji atau sedikit buah berkenaan.  Kemudian mereka akan datang semula untuk mencuri sebanyak yang boleh!

Friday, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI

Minal Aidil Wal Faizin.  Hari ini Hari Raya Aidlfitri yang mulia.  Bersama kita meraikannya dengan penuh kesyukuran.  Semoga ibadah Ramadhan mendapat ganjaran baik yang sarat, dan kita mendapat kemenangan dan berkat.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
SEMOGA DIBERKATI

Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, September 1, 2010

TRANSFORMASI!!!

Satu-satunya yang meriah di Malaysia pastilah suka buat slogan-slogan gempar!  Kadang rasa geli hati pulak.  Tak ubah gaya budak-budak yang suka diumpan dengan gula-gula!

Semalam kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun.  Tentulah ada slogan baru lagi!  Kini dah 'transformasi' pulak.  Tapi malas nak ambil pusing sangat!