Setiap tahun ramai orang membuat rumah terbuka selepas balik dari beraya di kampung. Anehnya juga disebut sebagai rumah terbuka kerana jika tak ada jemputan, kita tak la boleh pergi.
Kami sekeluarga tak pernah buat rumah terbuka tapi kiranya rumah sentiasa terbuka. Saudara mara dan kawan rakan akan datang pada hari-hari minggu.
Hari ini rumah saya jadi rumah terbuka sejak pagi sampailah ke tengah malam. Selepas satu keluarga, satu lagi datang. Akhir sekali saudara pupu yang tinggal di Putrajaya datang selepas Maghhrib dan duduk berborak sampai hampir jam 12 tengahmalam. Kiranya siap sampai makan malam dan supper.
Bila badan dah terlalu letih, sudah pula nak tidur. Jadi duduk lepak dengan cik lappy di Mayalah dulu. :)
3 comments:
semalam rumah terbuka punya pasal, badan letih sangat sampai tak larat kerja hari ni
Salam ziarah.
Bila boleh buka, lakukan je, tak larat rehat le!
Post a Comment