Tuesday, June 29, 2010

UNTUNG KETURUNAN SIAM

Tadi sewaktu tengahari saya pergi ke pejabat PNB di Jalan Tun Razak.  Di sana saya terserempak dengan kawan sekolah dulu.  Dia perkenalkan isterinya, seorang saudara baru dari keturunan Siam.

Saya lihat isterinya juga mengeluarkan wang dari akaun ASB.  Terpinga juga sebab ternyata isterinya seorang yang berketurunan Siam yang asalnya beragama lain.

Barulah saya tahu rupanya masyarakat keturunan Siam ini memang mendapat taraf Bumiputera.  Kata mereka dulu Menteri Nazri Aziz ada membuat pengumuman berkenaan.  Saya tak perasan pula.

Beruntung sungguh mereka yang berketurunan Siam.  Mereka tidak menepati ciri-ciri seorang Bumiputera sepertimana yang dinyatakan di dalam perlembagaan.  Mereka bukan dari keturunan Melayu atau Muslim dan tidak pula bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka.

Agaknya perkara seperti inilah yang membuat mereka dari keturunan bangsa lain jadi marah.  Macam mana pula mereka boleh dikategorikan sebagai Bumiputera?

Kalau atas dasar mereka telah tinggal lama di Semenanjung Malaysia, mereka-mereka yang dari keturunan Cina dan India pun sudah berabad juga tinggal di Malaysia ini.  Sekurang-kurangnya generasi muda sekarang semuanya adalah generasi ketiga atau keempat.

Saturday, June 19, 2010

ESOK HARI BAPA

Saya terkenang ayah yang telah pergi dulu. Apabila tiba hari bapa setiap tahun, saya merasa sayu.

Begitu banyak kenangan dengan arwah Ayah. Terutama sekali saya dan adik-beradik memang rapat dengan arwah Ayah kerana ibu meninggal semasa kita orang semua masih dibangku sekolah lagi.

Oleh kerana kita orang semua fobia untuk beribu tiri, arwah Ayah tidak pernah kahwin lagi. Beliau membela kita orang dengan pertolongan ibu saudara yang tidak kahwin dan pembantu rumah.

Arwah ialah paling baik dan sempurna di mata kami. Beliau sentiasa ada apabila kami memerlukannya. Walau macam mana sibuk, Ayah akan mencari masa untuk kami.

Bila semua sudah berumah-tangga, kami sering juga membandingkan kualiti suami dengan kualiti Ayah. Tidak adil kan? Tetapi nak buat macam mana; ia berlaku secara spontan semula jadi.

Esok, kami semua akan pergi ke kubur dahulu. Selepas itu barulah merayakan 'Hari Bapa' bersama suami dan anak-anak pula.

Saturday, June 12, 2010

KAYA BUDAYA

Semalam Pertandingan Piala Dunia 2010 FIFA bermula dengan resminya.  Acara pembukaan resmi begitu penuh dengan warna warni.  Malah beberapa hari sebelum itu pendudu-penduduk Afrika Selatan telah mempamerkan tentang kebudayaan yang begitu kaya dan indah.

Lihat sajalah gambar-gambar yang terpampang di dada akhbar.  Semuanya menunjukkan tentang sambutan tarian dan kegembiraan warga tempatan.  Saya ambil gambar di bawah sebagai contoh.

Sebuah Persembahan Semasa Majlis Pembukaan

Penari-penari Afrika Selatan di dalam gambar di atas ini membuat persembahan mereka di Stadium Soccer City di Soweto, di luar Johannesburg.  Jelas mereka bangga dengan budaya.

Malaysia kita juga kaya dengan budaya.  Seharusnya juga kita bangga.

Wednesday, June 9, 2010

IKUT PULA

Kata kawan selepas daftar jadi blogger, seelok-eloknya kita ikut blog-blog yang kita tahu dan atau minati.  Jadi saya pun ikut juga nasihat ini.

Harap-harap saya segera mendapat kawan Maya.

I AM A BLOGGER

I reckon I should just heed my friends' advice to register as a blogger.  I am really not much of a writer, but I love to read.  Although I was not a blogger I visit from blog to blog and read anything that interest me.

To facilitate easier access to my favorite blogs I  am now a blogger too.  Hahaha.