Tuesday, June 29, 2010

UNTUNG KETURUNAN SIAM

Tadi sewaktu tengahari saya pergi ke pejabat PNB di Jalan Tun Razak.  Di sana saya terserempak dengan kawan sekolah dulu.  Dia perkenalkan isterinya, seorang saudara baru dari keturunan Siam.

Saya lihat isterinya juga mengeluarkan wang dari akaun ASB.  Terpinga juga sebab ternyata isterinya seorang yang berketurunan Siam yang asalnya beragama lain.

Barulah saya tahu rupanya masyarakat keturunan Siam ini memang mendapat taraf Bumiputera.  Kata mereka dulu Menteri Nazri Aziz ada membuat pengumuman berkenaan.  Saya tak perasan pula.

Beruntung sungguh mereka yang berketurunan Siam.  Mereka tidak menepati ciri-ciri seorang Bumiputera sepertimana yang dinyatakan di dalam perlembagaan.  Mereka bukan dari keturunan Melayu atau Muslim dan tidak pula bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka.

Agaknya perkara seperti inilah yang membuat mereka dari keturunan bangsa lain jadi marah.  Macam mana pula mereka boleh dikategorikan sebagai Bumiputera?

Kalau atas dasar mereka telah tinggal lama di Semenanjung Malaysia, mereka-mereka yang dari keturunan Cina dan India pun sudah berabad juga tinggal di Malaysia ini.  Sekurang-kurangnya generasi muda sekarang semuanya adalah generasi ketiga atau keempat.

2 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm Nori.
Ya ... cakap pun tak beri kesan apa2 ... Rakyat sudah memberi kuasa!

Insan Marhaen said...

salam taaruf. kat penang ni pun ada - mamak penang. macam mana boleh dapat taraf kerakyatan bumiputera? keturunan melayu? bahasa ibunda melayu? budaya hidup melayu?

tok IM pun asalnya bukannya melayu tanah melayu tapi asal melayu kerinchi, indonesia. tapi bagaimana boleh dikatakan bumiputera sedangkan budaya hindu, budaya cina dan budaya barat ada di dalam kehidupan hariannya?

just to open our mind...

bahasa kita pun bukan sangat asli bahasa melayu. banyaknya saduran dari bahasa lain...

seingat IM, bahsa melayu yang asli ada 3 perkataan sahaja.