Friday, August 20, 2010

PERSEKITARAN KERJA TIDAK MEMBINA

Suami saya asyik murung saja sejak akhir-akhir ini.  Katanya keadaan di tempat kerja sudah merimaskan beliau.  Beliau sedang memikir samaada mahu bersara awal atau ambil keputusan bersara saja sekarang.

Sepertinya tidak ada motivasi lagi untuk beliau terus bekerja.  Sedangkan sepatutnya beliau lebih bersemangat kerana sekarang beliau mendapat kenaikan pangkat menjadi ketua jabatan.

Ternyata apa yang berlaku adalah sebaliknya.  Sejak menjawat jawatan ini beliau diarahkan melakukan perkara-perkara yang beliau tahu tidak betul.

Sunday, August 15, 2010

BILA ADA HATI NURANI

Seseorang yang mempunyai hati nurani tidak perlu nama dan pengiktirafan.  Pemilik-pemilik ini melakukan kebaikan kerana kesucian dan keikhlasan yang ada dalam diri mereka.

Apa yang kita perlu sedari dan insaf ialah seseorang yang beriman pastinya seorang yang berhati nurani.  Jika seorang itu Islam kerana Allah semata-mata, hatinya akan sentiasa suci dan tulus.  Dia akan sentiasa takut kepada balasan Allah jika tidak melakukan semua yang baik sesuai dengan seruanNYA.

Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini akan menzahirkan ramai insan Islam yang berjiwa dan hati suci dan murni.  Semoga dengan itu kita tak akan bercakaran dan tidak saling mencari kesalahan.  Malah sebaliknya, Ummah akan bersama-sama saling lengkap melengkapkan dan membina masyarakat untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA DAN MENYEMARAKKAN RAMADHAN

Kita berjumpa Ramadhan sekali lagi.  Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur hingga ke saat ini dan mendapat peluang yang baik sebegini.

Sementara kita dianugerahkan umur dan waktu, marilah kita sama-sama menyemarakkan bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini sedaya upaya dan juga dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT merahmati kita dengan sepenuh keredhaanNYA. Amin, Amin.

Sunday, August 8, 2010

BAPA SYAITAN

Semasa melawat saudara di Kampung Kerinci semalam, mereka memberitahu tentang seorang bapa yang telah menjadikan anak ramajanya sebagai hamba seksnya bertahun-tahun hingga melahirkan dua anak.  Tiada siapa yang tahu bahawa mereka adalah bapa dan anak sehinggalah anaknya mengadu kepada seorang ibu jiran minggu lepas.  Selepas mendengar orang sedang mencarinya sibapa terus menghilangkan diri.

Begitu teruk keadaan masyarakat sekarang.  Bapa terang mengkhianati amanah yang boleh diibaratkan sebagai pagar makan padi.  Sekarang anak remaja ini terkapai-kapai dengan dua orang anak dari perhubungan sumbang mahram dengan bapanya sendiri.

Mengikut cerita ketua masyarakat di situ sudah membawa pun perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Mereka juga telah membuat laporan polis.  Kini polis sedang cuba mengesan bapa berkenaan.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada remaja ini dan anak-anaknya.  Diberitakan juga bahawa remaja berkenaan mengatakan kelahiran anak-anaknya tidak didaftarkan dan mereka tidak mempunyai surat beranak.