Sunday, August 8, 2010

BAPA SYAITAN

Semasa melawat saudara di Kampung Kerinci semalam, mereka memberitahu tentang seorang bapa yang telah menjadikan anak ramajanya sebagai hamba seksnya bertahun-tahun hingga melahirkan dua anak.  Tiada siapa yang tahu bahawa mereka adalah bapa dan anak sehinggalah anaknya mengadu kepada seorang ibu jiran minggu lepas.  Selepas mendengar orang sedang mencarinya sibapa terus menghilangkan diri.

Begitu teruk keadaan masyarakat sekarang.  Bapa terang mengkhianati amanah yang boleh diibaratkan sebagai pagar makan padi.  Sekarang anak remaja ini terkapai-kapai dengan dua orang anak dari perhubungan sumbang mahram dengan bapanya sendiri.

Mengikut cerita ketua masyarakat di situ sudah membawa pun perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Mereka juga telah membuat laporan polis.  Kini polis sedang cuba mengesan bapa berkenaan.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada remaja ini dan anak-anaknya.  Diberitakan juga bahawa remaja berkenaan mengatakan kelahiran anak-anaknya tidak didaftarkan dan mereka tidak mempunyai surat beranak.

1 comment:

Anaasuria said...

Astaghfirullah.. takutnya dengan bala yang akan Allah timpakan andai kejadian seperti ini berleluasa..