Seseorang yang mempunyai hati nurani tidak perlu nama dan pengiktirafan. Pemilik-pemilik ini melakukan kebaikan kerana kesucian dan keikhlasan yang ada dalam diri mereka.
Apa yang kita perlu sedari dan insaf ialah seseorang yang beriman pastinya seorang yang berhati nurani. Jika seorang itu Islam kerana Allah semata-mata, hatinya akan sentiasa suci dan tulus. Dia akan sentiasa takut kepada balasan Allah jika tidak melakukan semua yang baik sesuai dengan seruanNYA.
Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini akan menzahirkan ramai insan Islam yang berjiwa dan hati suci dan murni. Semoga dengan itu kita tak akan bercakaran dan tidak saling mencari kesalahan. Malah sebaliknya, Ummah akan bersama-sama saling lengkap melengkapkan dan membina masyarakat untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
2 comments:
Aslmkm.
Semoga begitulah hendaknya. Amin.
Salam Nori.
Jika menjadi realiti .. aman damai kan?
Post a Comment