Kebelakangan ini saya sukar mendapat bekalan asam jawa kampung. Dulu ada saudara yang membuat asam jawa dan asam keping sendiri. Tetapi beliau meninggal beberapa bulan lalu dan tiada siapa yang mengambil alih 'kepakaran' ini.
Sekarang saya terpaksa beli yang ada jual di pasar atau yang dikomersialkan oleh syarikat pemakanan. Rasanya tetap tak sama. Walaubagaimanapun, saya terpaksa juga belajar mencari alternatif terbaik.
Anak-anak bertanya kenapa ianya dipanggil asam jawa. Kalau asam keping tu mereka boleh faham sendiri sebab ia berkeping.
Saya sendiri tidak pasti. Tapi seingat saya Mak dan nenek pernah memberitahu bahawa kebanyakan masakan yang memakai asam ini adalah masakan orang jawa. Jadi mungkin benar juga yang sedemikian itu.
Di samping asam jawa yang biasanya amat masam ini, ada juga spesis yang manis dan agak rangup. Saya pernah makan jenis dari Thailand yang rasanya seperti ini. Tapi memang sukar mendapat bekalannya di Malaysia. Tak banyak orang yang menanamnya. Mungkin Datin Dr Fauziah aka kak G ada menanamnya. Nanati kita tanya pada beliau! :)