Saturday, November 27, 2010

ASAM JAWA

Kebelakangan ini saya sukar mendapat bekalan asam jawa kampung.  Dulu ada saudara yang membuat asam jawa dan asam keping sendiri.  Tetapi beliau meninggal beberapa bulan lalu dan tiada siapa yang mengambil alih 'kepakaran' ini.

Sekarang saya terpaksa beli yang ada jual di pasar atau yang dikomersialkan oleh syarikat pemakanan.  Rasanya tetap tak sama.  Walaubagaimanapun, saya terpaksa juga belajar mencari alternatif terbaik.

Anak-anak bertanya kenapa ianya dipanggil asam jawa.  Kalau asam keping tu mereka boleh faham sendiri sebab ia berkeping.

Saya sendiri tidak pasti.  Tapi seingat saya Mak dan nenek pernah memberitahu bahawa kebanyakan masakan yang memakai asam ini adalah masakan orang jawa.  Jadi mungkin benar juga yang sedemikian itu.

Di samping asam jawa yang biasanya amat masam ini, ada juga spesis yang manis dan agak rangup.  Saya pernah makan jenis dari Thailand yang rasanya seperti ini.  Tapi memang sukar mendapat bekalannya di Malaysia.  Tak banyak orang yang menanamnya.  Mungkin Datin Dr Fauziah aka kak G ada menanamnya.  Nanati kita tanya pada beliau! :) 

10 comments:

KAKIAH said...

Salam Kak Nori.
Kak G suka tanam pokok .. suka masak .. kita tunggu apa jawapannya! Hehe.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
:) Cuba cari di Pekan Rabu, Alor Star.
Asam Thai tu dipanggil juga asam kapur kot.
Kak G ada tanam di luar, seberang pagar sana tu ... dah 4 tahun umurnya! Insya Allah tak kena tebang!

armouris said...

lagi info tentang asam jawa di SIHAT SELALU - Asam Jawa : Kegunaan dan Khasiat

DANZ said...

Salam.
Dengar cerita gitu juga!
Bestnyer! Kak G ada tanam asam Thai yang rangup & manis! Hehe.

Sanna said...

Salam Nori.
Sekarang memang susah dapat asam kampung.
Tapi macam kata Datin Dr Fauziah .. kat pekan rabu ada juga asam kampung.
Apa kata minta asam dari beliau .. siap tanam lagi tu! Hehehe.

CIKDAH said...

Aslmkm.
N3 asam jawa ni informatif juga.
Lagi la baca respon kak G .. ada juga dia tanam asam manis thai tu ya!

RAISA said...

Salam Nori.
Asam jawa penambah rasa tu .. ada ummphnya!
G tu memang kaki tanam! Hehe.

ROHA said...

Salam Kak Nori.
Penangan Jawa lagi! Hehehe.

KERI said...

Salam Nori.
Kuatnya pengaruh Jawa! :)

ASAN said...

Salam Nori.
Asam jawa! Penyedap juga tu!