Sejak sebulan lalu anak beranak asyik duk nak pergi makan ikan bakar tanglin. Tetapi ada-ada saja halangannya.
Tadi dari pukul 10.30 anak-anak sudah pun bersiap sedia untuk pergi ke Tanglin. Abahnya pula cakap nanti lauk pauk belum masak. Pukul 11 lebih barulah pergi.
Satu Set Seorang
Sampai sana orang tak berapa ramai sangat. Kira-kira khemah pun baru dibuka. Gerai nasi lemak pulak sudah mula berkemas untuk tutup kedai. Pak Din dan kakitangannya sudah mula rancak membakar lauk-lauk.
Abahnya beri lampu hijau untuk setiap seorang memilih set kegemaran sendiri. Semua ambil nasi, taruh sayur, sambal, telur asin dan apa lauk sampingan lainnya. Selepas itu baru pergi ambil set lauk bakar pula. Hampir semua ambil ikan kembung dengan sotong bakar. Abahnya ambil ikan terubuk dan saya ambil ikan pari.
Kiranya kos purata tiap seorang ialah RM15. Anak jelas puas hati. Abahnya saja senyum sambil geleng-geleng kepala! Makna terasa duit melayang-layang la tu! Saya pulak sampai rumah jer, terus buat laporan di sini! Hehehe.
7 comments:
Salam Nori.
Bagi saya sedap lagi ikan bakar belamy. Selera masing2 ya!
Salam ziarah.
Ramai orang suka bakar dengan arang! Rasa lain! Tetapi kekadang mereka ni pun terlebih bakar.
Aslmkm.
Ikan tu terlebih bakar or mmg suka garing?
Salam Kak Nori.
Sudahnya macam mana?
Salam Nori.
Reputasi mereka boleh tahan jugak!
Salam Nori.
Lebih sedap jika masih juicy!
Salam Maal Hijrah.
Semoga tahun ini memberi rahmat yang jauh lebih baik. Amin.
Post a Comment