Friday, December 17, 2010

KAHWIN MUDA ATAU SEKS BEBAS

Minggu lepas seorang gadis sunti berkahwin pada usia 14 tahun dengan izin kedua bapanya.  Sejak berita itu tersiar, kecoh pula isu ini diperbahaskan secara terbuka.

Menteri Dato' Sharizat yang melebih-lebihkan isu gadis itu di bawah umur, dan katanya perkahwinan itu adalah a 'no, no!'  Begitu juga dengan sebilangan kecil dari NGOs.

Saya rasa isu ini tidak perlu diperhebuhkan sebegitu.  Remaja berkenaan pasti tertekan kerana ia melibatkan maruah dan ketenteraman diri serta keluarganya.  Sekurang-kurangnya dia berkahwin secara sah dengan izin wali dan keluarga.  Orang dulu pun kahwin di umur amat muda.

Apa yang harus dititik beratkan adalah adanya kecenderungan serious remaja kepada perhubungan antara jantina.  Seks merupakan sesuatu naluri semulajadi dan ia sudah tumbuh di awal umur amat muda.  Jika pihak berkenaan mahu mengatasinya dengan berkahwin, ia tentulah lebih baik dari mereka yang melakukan seks bebas secara telarang di luar pernikahan.

Seandainya kita tidak mahu kahwin muda dan seks terlarang di usia muda, lakukan sesuatu langkah yang membina.  Sistem korektif jangka panjang mesti digubal dan dilaksanakan.  Ia juga mesti efektif dan efisyen.

4 comments:

ROHA said...

Salam Nori.
Setuju.
Memang la lebih elok berkahwin ketika lebih matang tetapi daripada terjerumus melakukan seks di luar perkahwinan, lebih baik la berkahwin secara sah!

KAKIAH said...

Salam Nori.
Benar. Kita tak pandan dari satu sudut kebaikan saja!
Yang paling utama, terbaik untuk melakukan perbuatan seiring kehendak agama & syarak.

RAM said...

Salam Nori.
Diikutkan lebih baik yang halal!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Either way ada baik & buruknya.
Tetapi apabila terpaksa memilih, memang tiada pilihan - seluruh kehidupan mesti mengikut hukum Allah SWT.