Saturday, November 6, 2010

CUTI HUJUNG MINGGU PANJANG

Semalam rata-rata jalanraya sekitar kawasan berdekatan rumah semuanya sunyi saja.  Malah saya lalu kawasan dekat Masjid pun lengang saja.  Tidak banyak kereta.  Begitu dengan orang berjualan makanan dan kitab serta seumpamanya.

Rupanya banyak orang mengambil kesempatan keluar kota sempena cuti hujung minggu yang panjang.  Barulah saya perasaan, hampir separuh jiran pun tidak ada di rumah.

Memang ketinggalan peredaran masa saya ini.  Semasa anak menyebut sekolah cuti Depavali pun saya tak perasan lagi.  Bila anak-anak yang sedang belajar di Universiti pulang sebelah tengahari barulah saya terperasan.

7 comments:

KAKIAH said...

Salam Nori.
Kita yg tinggal di rumah selalu ketinggalan begini!

Zizaq said...

Salam Nori.
Kalau tak keje ofis/luar memang ketinggalan skit! Hehe.

KERI said...

Salam Nori.
Hehe. Itu baru sekadar hari cuti jer!

DANZ said...

Salam Nori.
Kira2 hari2 cuti la ni!

ASAN said...

Salam Nori.
Semua orang dah balik keje! :)

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Saya pun sudah tak tahu sangat pasal2 cuti ni. :)

ROHA said...

Salam.
Selamat Hari Raya Aidiladha.