Saturday, October 30, 2010

DEMAM BOLA

Nampaknya tingkat demam Piala Malaysia ini menaik.  Mungkin gara-gara Kelantan masuk ke peringkat akhir ini disamping kawasan Galas sedang rancak untuk pilihanraya kecil.

Hari ini rata-rata asyik jumpa orang Kelantan saja.  Tapi iya la jugak.  Yang berjualan kebanyakannya adalah orang Kelantan dan yang pergi makan ramai orang Kelantan juga.  Orang-orang luar Kelantan macam saya menyibuk pula gayanya!

Kebetulan jiran saya pun orang Kelantan.  Ramai juga saudara mereka dari Kelantan yang datang untuk melihat perlawanan Piala Malaysia, datang menumpang tidur agaknya,

Apabila saya di laman pagi tadi, riuh bunyi suara orang Kelantan!  Nampaknya mereka begitu ghairah untuk mencipta sejarah memenangi Piala Malaysia buat julung-julung kalinya.

6 comments:

BID said...

Aslmkm.
Kelantan menang!
Hadiah untuk DYYM Sultan baru. :)

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Demam dah kebah (baik)! :)

Zizaq said...

Salam Nori.
Ya, Kelantan dah juara!

KERI said...

Salam ziarah.
Giliran demo2 pulok! Hehe.

DANZ said...

Salam ziarah.
Baru cukup pusingan satu Malaysia rasanya!
Bagus untuk orang kelate.

KERI said...

Salam ziarah.
Sekarang orang BN Kelate merayakan kemenangan Galas pulak!