Friday, October 8, 2010

STRATEGI MAKAN DIRI

Geli hati pula bila membaca tentang berita Dr Rozmey sepertinya membalas dendam dan mahu wartawan rasa kepedihan.  Tindakannya adalah kerana beliau kecewa mereka didakwa tidak menyokongnya.

Dr Rozmey jelas kecewa dengan peranan media. Pihak media telah memberi komentar negatif tentang usahanya "memecah panggung" dengan penglibatannya dalan filem.

Mungkin beliau rasa beliau bijak mengatur strategi niaganya dan telah membuktikan kejayaannya. Tapi kini dia berdepan dengan cabaran berbeza.

Orang politik hingga ke tahap pemimpin tertinggi pun sentiasa memberi masa kepada wartawan.  Di mana-mana di dunia ini keadaannya serupa.  Ramai sedia maklum bahawa wartawan mempunyai senjata tajam dengan pena/jejari dan peluru kata-kata mereka.

Saya yakin sekali Dr Rozmey telah salah catur bila beliau menggunakan strategi ini. Jelas strategi ini akan memakan dirinya sendiri.

8 comments:

BID said...

Aslmkm.
Bila banyak duit, boleh berlagak la! Kita sama2 tengok!

KAKIAH said...

Salam Nori.
Orang bila dah mula niaga, pastu berjaya maju gitu la gayanya!

ASAN said...

Salam Nori.
Sindrom OKB!

Sanna said...

Salam Nori.
Ya ya! OKB memang camtu!

Zizaq said...

Salam Nori.
Letak syarat guna strategi ini pasti akan makan diri! Dia tak peduli pasal rasa kukuh dengan duit Jusmate 5 tu la!

DANZ said...

Salam Nori.
Ya la .. orang OKB senang bengkak kepala!

KERI said...

Salam Nori.
Biaq pi kat dia.
Dia pun kata lagu tu jugak kan?

ROHA said...

Salam Nori.
Lepas gerammmmmmmm! Hehe.