Thursday, October 14, 2010

MULUT MASIH BERBISA

Apabila Istana Kelantan melucutkan gelaran ‘Datuk’ beliau masih lantang bersuara.  Katanya dirinya masih bergelaran 'datuk' kerana masih ada anugerah dengan gelaran itu dari negri Selangor dan Melaka.

Itulah Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.  Dia memang suka publisiti; suka membuat ucapan dan pelbagai pengumuman.  Ada-ada saja isu yang akan dihebohkannya.  Mulutnya pun kira agak berbisa

Memang dari zaman jadi penuntut di ITM di era 70an lagi dia bising sana sini.  Sekarang sudah lebih tiga dekad kemudiannya,dia masih suka buat 'kejutan' yang tidak berapa nak mengejutkan bagi orang sudah amat kenal dengan tindak tanduknya.

Hairan juga kenapa orang yang dulu pernah dimainkannya balik menyokongnya.  Kira-kira hebat juga si Ibrahim Ali ini - Tok Guru Nik Aziz itu pun kena kencing dengannya juga.  Dunia!

9 comments:

sekadar satu coretan said...

salam ziarah...semoga sihat hendaknye...

Anonymous said...

Aslmkm.
Dah menjadi kebiasaan & tabiat! :)
Semoga semua orang diberkati untuk bersifat jujur & ikhlas. Amin.

KAKIAH said...

Salam Nori.
Hehe .. ibrahim ali si katak lompat tu ya?
Biarkan siluncai terjun dengan labu2nya.

ASAN said...

Salam Nori.
Si katak tu memang mulutnya besar!

Sanna said...

Salam Nori.
Dia kan sudah terkenal dengan mulut besar. Macam mana pun mahu menonjolkan diri .. dari dulu hingga kini.

Zizaq said...

Salam Nori.
Hahaha .. orang begitu lagi mendapat perhatian memang lagi perasan la!

ASAN said...

Salam Nori.
Semoga musibah yg dihadapi menginsafkan pihak berkenaan!

RAM said...

Salam Nori.
Allah Maha Kaya & Maha Adil.
Kita doakan yang terbaik untuk semua!

KERI said...

Salam Nori.
Musibah akan menginsafkan insan .. jika beriman!