Semalam rata-rata jalanraya sekitar kawasan berdekatan rumah semuanya sunyi saja. Malah saya lalu kawasan dekat Masjid pun lengang saja. Tidak banyak kereta. Begitu dengan orang berjualan makanan dan kitab serta seumpamanya.
Rupanya banyak orang mengambil kesempatan keluar kota sempena cuti hujung minggu yang panjang. Barulah saya perasaan, hampir separuh jiran pun tidak ada di rumah.
Memang ketinggalan peredaran masa saya ini. Semasa anak menyebut sekolah cuti Depavali pun saya tak perasan lagi. Bila anak-anak yang sedang belajar di Universiti pulang sebelah tengahari barulah saya terperasan.
7 comments:
Salam Nori.
Kita yg tinggal di rumah selalu ketinggalan begini!
Salam Nori.
Kalau tak keje ofis/luar memang ketinggalan skit! Hehe.
Salam Nori.
Hehe. Itu baru sekadar hari cuti jer!
Salam Nori.
Kira2 hari2 cuti la ni!
Salam Nori.
Semua orang dah balik keje! :)
Aslmkm.
Saya pun sudah tak tahu sangat pasal2 cuti ni. :)
Salam.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Post a Comment