Aduhai la, apa nak buat. Kita hanya dapat merancang. Sudahnya kita orang anak beranak tak jadi pergi bercuti ke Genting Highlands.
Janjinya nak bertolak pergi hari ini. Tapi kereta MPV pula mogok. Puas dibela oleh anak dan suami, tak juga mahu baiknya. Selepas mekanik datang katanya barang ganti tak ada stok dan hanya boleh order besok.
Kalau sekadar dua tiga orang boleh la bawa kereta kecil tu. Tapi ni lapan orang semuanya. Badan boleh tahan pula tiap seorang.
Jadi keputusannya batalkan saja. Hangus la bayaran tempahan hotel tu. Oleh kerana memberitahu dalam masa kurang dari 24 jam, mereka caj juga untuk tiga bilik untuk malam ni. Apa nak buat!
Sudah la terpaksa bercuti di rumah. Duit juga ikut melayang. Nasibbbb!