Memang dah lama teringin nak buat cakoi ni sendiri. Tapi tak juga buat-buat sampai la petang ni. Tiba-tiba saja betul-betul datang mood untuk membuatnya. Inilah hasilnya.
Dulu, terutama semasa kecil, memang selalu juga makan. Sejak menjadi warga lama ni, selalu beli saja sebab ramai juga orang Melayu membuatnya untuk jualan.
Tapi semalam apabila baca tentang N3 tentang kedai kopi menjamukan kopi bercampur gelatin babi, dah la rasa loya pula. Terbayang minum kopi dengan cakoi di kedai sedemikian.
Itu la sebenarnya sebab yang timbul mood untuk buat sendiri. Jadilah dapatlah makan panas-panas.
Itu la sebenarnya sebab yang timbul mood untuk buat sendiri. Jadilah dapatlah makan panas-panas.