Monday, April 4, 2011

DI MANA HATI & PERASAAN?

Sungguh sedih dengan berita penderaan ke atas kanak-kanak Saiful Syazani hingga membawa maut.  Perbuatan seperti ini memang tidak berhati perut.  Di manakah hati dan perasaan guru yang melakukan perbuatan sekejam ini?

Kerana disyaki mencuri, seorang guru sanggup memukul seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang tidak berdaya begitu rupa.  Seorang anak berumur semuda itu telah didera hingga ke tahap maksima.  Deraan itu membuat mangsa kritis dan akhirnya meninggal dunia.

Walau apapun kesalahannya, tidak ada hukuman seperti itu dalam Firman Allah SWT.  Bayangkan seorang guru di sekolah agama melakukan perkara di luar batas agama!

Di mana lagi nak kita harapkan keadilan Islam ditegakkan?  Kalau di sekolah agama Islam, begini cara pentadbiran dan penguatkuasaan oleh guru-gurunya, mereka telah melanggar hukum Islam sendiri.

Sekarang perkara ini sudah menjadi kes jenayah.  Siasatan terperinci mesti dijalankan.  Semua mesti disiasat dan yang jelas bersalah dengan saksi mata mesti dibawa ke pengadilan.

12 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tu la..buat sesuatu tak fikir dulu...kan dah kena...

Anonymous said...

Aslmkm Nori.
Ramai orang, kalau belajar pun tidak berilmu; kalau berilmu pula tidak diamal!
Syarat yang ditetapkan oleh Allah SWT ialah beriman & beramal soleh.

CIKDAH said...

Aslmkm Nori.
Jelas la bukan dihati, jiwa & minda.
Di lutut agaknya??

Anonymous said...

Salam ziarah.
Manusia berhati binatang ramai di mana2!

ROHA said...

Salam Kak Nori.
Terasuk setan!
Sungguh sedih!

KAKIAH said...

Salam Nori.
Bukan senang menjadi orang beriman!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
ASAN said...

Salam Nori.
Di kepala lutut!

Sha said...

salam kak nori,

hilang sudah sifat simpati kerana hati sudah dirasuk....

ALIA said...

Salam kenal.
Masuk melalui blog rakan blogger! :)

RAM said...

Salam Nori.
Tuhan menyanyanginya.

KERI said...

Salam Nori.
Banyak orang mudah hilang pedoman!