Saturday, July 31, 2010

MENANGGUNG SAMPAI KE TUA

Pagi ini saya menghadiri majlis doa selamat dan cukur rambut cucu jiran.  Mereka mengadakan majlis ini awal iaitu bermula pada pukul 9 pagi.  Katanya kerana Ustaz yang mengepalai marhaban ada urusan lain.

Saya sebenarnya nak kongsi cerita yang saya dengar semasa di majlis itu.  Mungkin elok untuk kita renungkan sebagai sempadan.

Jiran saya tadi mempunyai dua orang anak lelaki.  Kedua-duanya sudah pun bekerja dengan syarikat bapa mereka.

Apa yang nak diceritakan ialah bagaimana kedua-dua anak mereka ini masih terus bergantung kepada kedua ibu bapa untuk segala belanja mereka.  Walaupun dibayar gaji setaraf kelulusan mereka, ternyata gaji itu masih tidak cukup untuk keperluan mereka.

Semasa majlis tadi ramai jugalah bercerita hal ini.  Kasihan juga kepada ibu bapa.  Sampai bila ibu bapa nak menanggung anak-anak.  Ini seperti kedua ibu bapa terpaksa menanggung anak sampai ke tua.

Saturday, July 24, 2010

DIABETES TAK KIRA UMUR

Selama ini kita ingat penyakit diabetes hanya dialami oleh orang yang sudah berumur iaitu mereka ini sekurang-kurangnya dalam lingkungan 40 tahun keatas.  Mereka yang dalam umur 30an pun jarang-jarang kita dengar mengalami diabetes.

Kebelakangan ini pula kita dengar ramai orang di dalam lingkungan bawah 30an sudah makin meningkat pula.  Malah ada kalangan kanak-kanak juga dikesan mengalami diabetes.  Mengikut kajian saintifik, ada kanak-kanak semuda tujuh tahun turut mengalami diabetes Jenis 2 yang dikenali dengan singkatan T2D.

Kajian saintifik menunjukkan kebanyakan pesakit diabetes kanak-kanak ini adalah mereka yang mengalami masaalah kegemukan.  Mereka juga adalah dari kalangan mereka yang mempunyai tabiat makan yang tidak sihat.

Makanan segera seperti berger, ayam goreng, dan minuman berkibonat adalah tidak baik untuk kesihatan.  Tambahan pula sekarang kanak-kanak dibebankan dengan kerja rumah yang banyak.  Mereka juga suka duduk lepak-lepak untuk tengok TV, dan memain permainan komputer.

Takut juga mendengar kenyataan ini.  Nanti semakin bertambahlah bilangan pesakit diabetes kalau diabetes sudah tidak mengira umur.

Sepatutnya pihak berkuasa dan badan-badan kebajikan melakukan pelbagai program dengan pendekatan yang efektif supaya tahap kesedaran di kalangan orang ramai makin bertambah baik.  Orang ramai patut tahu bahawa diabetes bukan saja bererti kadar gula berlebihan di dalam badan.  Tetapi kesihatan organ-organ penting dalam badan seperti hati, jantung, buah pinggang, saraf dan mata akan turut terjejas.

Saturday, July 17, 2010

SESUAIKAN WAJAH

Rasa macam saya perlu ubah-suai wajah untuk menaikan seri.  Entah ya entah tidak.  Tapi saya rasa 'make-up' lama macam kusam saja.

Saya tengok ada blog rakan-rakan bloggers semasa jenjalan tu nampak berseri dengan pelbagai hiasan.   Tapi ada yang ringkas, tapi masih ada gaya yang menarik.

Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya saya berpuas hati dengan rupa ini.  Saya tidak mahu yang terlalu canggih, tetapi juga tidak yang terlalu plain.  Jadi sekurang-kurangnya, setakad ini, rasanya rupa ini lebih ceria.

Monday, July 12, 2010

MEMANG JUARA MENANG

VIVA ESPANA.  Pasukan Sepanyol memang dipercayai oleh ramai orang akan memenangi perlawanan akhir Piala Dunia 2010.  Mereka mempunyai skil yang jauh lebih baik dan mereka adalah Juara Eropah.

Banyak insiden-insiden yang tidak baik berlaku.  Belanda nampak jelas cuba untuk mengacau rentak Sepanyol.  Sesuatu yang menjengkelkan.  Insiden pemain mereka mengangkat kaki terlalu tinggi dan menendang dada pemain Sepanyol yang seharusnya dibuang padang; Belanda patut terpaksa bermain 10 main seawal masa itu.  Tetapi pengadil tidak memberi kad merah walaupun tindakan tidak bersemangat sukan yang sihat seharusnya mendapat tindakan setegas itu.

Apapun, memang juara yang menang Piala Dunia.  Akhirnya Sepanyol memenangi Juara selepas berpuluh tahun menunggu dan beberapa kali mencuba.  Syabas kepada Sepanyol.

Wednesday, July 7, 2010

BANCI PENDUDUK

Saya baru tahu rupanya banci penduduk ini melibatkan semua orang yang berada di Malaysia ketika ini.  Ia tidak hanya tertumpu kepada warga negara Malaysia.

Tujuan banci ialah untuk mendapat maklumat tentang tahap literasi komputer, sumber dan jumlah pendapatan serta petunjuk-petunjuk socio-ekonomi lain.

Kiranya bila dikatakan purata pendapatan penduduk ialah RM 1000 sebulan, bukan bermakna rakyat Malaysia yang berpendapatan sedemikian.  Mat-Mat Bangla dan Indon yang bekerja di sektor pembinaan tentu mendapat pendapatan tinggi kerana setahu saya mereka mendapat antara RM 2000 - 3000 sebulan.

Statistik seperti ini sebenarnya boleh mengelirukan rakyat juga!