Saturday, July 24, 2010

DIABETES TAK KIRA UMUR

Selama ini kita ingat penyakit diabetes hanya dialami oleh orang yang sudah berumur iaitu mereka ini sekurang-kurangnya dalam lingkungan 40 tahun keatas.  Mereka yang dalam umur 30an pun jarang-jarang kita dengar mengalami diabetes.

Kebelakangan ini pula kita dengar ramai orang di dalam lingkungan bawah 30an sudah makin meningkat pula.  Malah ada kalangan kanak-kanak juga dikesan mengalami diabetes.  Mengikut kajian saintifik, ada kanak-kanak semuda tujuh tahun turut mengalami diabetes Jenis 2 yang dikenali dengan singkatan T2D.

Kajian saintifik menunjukkan kebanyakan pesakit diabetes kanak-kanak ini adalah mereka yang mengalami masaalah kegemukan.  Mereka juga adalah dari kalangan mereka yang mempunyai tabiat makan yang tidak sihat.

Makanan segera seperti berger, ayam goreng, dan minuman berkibonat adalah tidak baik untuk kesihatan.  Tambahan pula sekarang kanak-kanak dibebankan dengan kerja rumah yang banyak.  Mereka juga suka duduk lepak-lepak untuk tengok TV, dan memain permainan komputer.

Takut juga mendengar kenyataan ini.  Nanti semakin bertambahlah bilangan pesakit diabetes kalau diabetes sudah tidak mengira umur.

Sepatutnya pihak berkuasa dan badan-badan kebajikan melakukan pelbagai program dengan pendekatan yang efektif supaya tahap kesedaran di kalangan orang ramai makin bertambah baik.  Orang ramai patut tahu bahawa diabetes bukan saja bererti kadar gula berlebihan di dalam badan.  Tetapi kesihatan organ-organ penting dalam badan seperti hati, jantung, buah pinggang, saraf dan mata akan turut terjejas.

5 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Begitulah nampaknya ... Sekarang tabiat pemakanan yg tidak sihat telah menyebabkan pelbagai masaalah kesihatan.

Nori said...

Wkmslm Datin.
Saya masih belum mampu menarik kawan blogger ke sini! :((

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Jengah jer ler. :)

Aanas said...

salam kak..

saya ada saudara yang umur early 30s dah kena diabetes.. sehingga kaki dah luka2.. masa dia pregnant her first, doc pantau dia very closely..

p/s: tak per kak, kena slow2.. ziarah2 'umah' kengkawan yang ada, tinggal jejak sana sini.. nanti ramai ler yang bertandang.. takut sat lagi tak menang tangan.. :)

BID said...

Aslmkm.
Pemakanan kita menentukan tahap kesihatan kita .. macam orang kata tu: kita adalah yg kita makan! :)