Nampaknya ada yang tak berapa kena dengan penglibatan Malaysia di dalam F1. Katanya respon sudah jauh merosot kebelakangan ini. Tentulah ada sebab-sebab tertentu.
Antara sebab utama mungkinlah kerana promosinya kurang menarik sementara persaingan pula semakin sengit. Sekurang-kurangnya sekarang Singapura pun sudah ada F1 dan nampaknya daya tarikan mereka sungguh kuat.
Apapun, sementara pihak pengurusan sedang menawarkan harga paling rendah sebanyak RM 60, jom kita ramai-ramai pergi tengok. Kata orang, elok juga merasa suasana perlumbaan F1 yang sungguh menarik itu.
Mungkin juga kita kena duduk dekat atas rumput saja. Tapi kita pergi buat ala-ala berkelah la. Kalau ramai-ramai tentu seronok juga kan?