Tuesday, February 22, 2011

Hari Ahad kelmarin kita orang anak beranak pergi ke kenduri kahwin di Selayang.  Alang-alang dah dekat dengan Pasar Borong, kita orang singgah la.  Dapat juga beli tulang rawan dan paru serta sayur-sayuran.

Jadi hari ni, salah satu menu makanan ialah paru masak berlada.  Masakan ini memang menjadi kesukaan seisi keluarga.
 
Paru Masak Berlada

Cara masakan ini sama seperti masak daging berlada juga.  Paru dibersih dan direbus separuh masak.  Kemudian ianya dipotong nipis-nipis dan diperap bersama sedikit bawang putih, halia dan lada sulah.  Setelah itu digoreng hingga masak sedikit garing.

Selanjutnya masakan ini boleh dimasak ala masakan sambal.  Cuma cilinya dikisar sedikit kasar.  Kemudian masak dengan menumis dengan gunakan bawang merah, bawang besar dan asam keping atau air asam jawa.  Lengkapkan perasa dengan garam secukupnya.

14 comments:

Panglima Muda said...

sedap tu

Sanna said...

Salam Nori.
Sedap!
Nak buat juga la! Hehe.

BID said...

Aslmkm.
Bid pun suka masakan ini.

SITIJA said...

Salam Nori.
Yum2!

KAKIAH said...

Salam Nori.
Memang masak macam ni amat menyelerakan.

Zizaq said...

Salam Nori.
La! Teringin pula nak makan.

Nori said...

Salam semuanya.
Terima kasih ya.
Alhamdulillah, saya sudah berkunjung balas.

pak long said...

salam buat akak..
baru semalam beli paru...ingat nak masak macam akak la...

CIKDAH said...

Aslmkm.
Mesti la sedap! Hehe.

suripermai said...

sedapnya kak nori.. lama tak makan ni... :))

ASAN said...

Salam Nori.
Pedas ni kan?

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm ... memang lazat! Tak cukup sepinggan! :)

mamaJong said...

salam..hi kak,,

sedapnyer paru klu masak mcm tu....
sy teringin nk wat sendiri,,tp Hubby x minat paru la...adoyaiii,,,
so klu teringin sgt nk mkn tu,,,sy gi kedai je beli,,,,

tp ape2 pon, thanks for the resepi=)

KERI said...

Salam Nori.
Saya tunggu makan saja! Hehe.