Wednesday, February 9, 2011

PETUA NAIKKAN SERI MUKA

Semua orang risau bila mukanya naik jerawat atau ada noda-noda hitam.  Baik perempuan atau pun lelaki sama saja.

Ada beberapa cara sebenarnya untuk mengatasi masaalah ini.  Antara yang paling mujarab ialah dengan mencuci muka dengan hampas daun teh setiap hari.  Caranya ialah dengan membuatnya seperti masker dan lekatkan di muka.  Bila menggering, gosok perlahan-lahan.  Bilas dengan air suam-suam kuku.

Selain dari itu, boleh gunakan masker telur putih dengan kubis yang dimesin halus.  Caranya sama juga iaitu tampal dimuka.  Gosok keluar perlahan-lahan bila mengering.  Bilas dengan air suam.

Ada petua supaya amalkan membasuh muka dengan putih telur dan madu seminggu atau dua minggu sekali.  Tujuannya ialah supaya jerawat tidak mudah tumbuh.

Paling utama, setiap bangun pagi, uparkan kedua belah tangan hingga  rasa kehangatannya.  Tuamkan ke muka sambil membaca 'Bismillah' dan selawat Nabi.

12 comments:

pak long said...

salam..
petua berguna ni.....

Zizaq said...

Salam Nori.
Hmmm .. boleh try la!
Tq.

KERI said...

Salam Nori.
Ya, antara petua baik. Saya baru ingat nak berkongsi. Anda dah dahului, bagus la tu. Mudah2an ramai akan manafaatkan.

ROHA said...

Salam Nori.
Bagus juga ni.
Tq ya.

Sha said...

salam:)

timakasih info yg berguna. blh cuba dgn modal yg sikit.

klu jeragat berkesan ke?

Sha said...

salam:)

timakasih info yg berguna. blh cuba dgn modal yg sikit.

klu jeragat berkesan ke?

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Ya, petua orang2 tua kebanyakannya memang baik.

KAKIAH said...

Salam Nori.
Best jugak ni!

ASAN said...

Salam Nori.
Hmm .. good sharing juga.
Tqvm ya.

BID said...

Aslmkm.
Ooh gitu.
Terima kasih kerana kongsi di sini.

SITIJA said...

Salam Nori.
Hmm .. petua baik!

Sanna said...

Salam Nori.
Bagus sekali jika diamalkan.