Saya sekeluarga memang suka makan apa-apa masakan yang bercampur keju. Tentulah kebanyakan masakan ini jenis manis.
Salah satu masakan yang amat digemari anak-anak ialah tart 'blueberry cheese' seperti gambar di bawah ini. Memang kena belilah sebab saya tak tahu nak membuatnya.
Sekarang harga bagi tiap sebiji seperti ini adalah RM 2.50. Jadi sekali makan, sebiji seorang saja sudah pun berjumlah RM 17.50.
Abahnya sudah pun pencen. Rasa juga kena jimat belanja. Tapi nak buat sendiri pun tak tahu dan tak ada resepinya.
Kalau ada diantara yang singgah pandai membuatnya ataupun ada resipinya, harap sudilah berkongsi. Saya akan jadi antara orang pertama segera ke blog rakan blogger. Didahulukan dengan ucapan terima kasih banyak.
9 comments:
Aslmkm.
Alaa! Bid pun sama tak tahu.
Insya Allah, nanti ada yang tahu & sudi berkongsi.
Salam Nori.
Saya tak tahu juga.
Tahu makan juga la! Hehe.
Aslmkm.
I ada resipinya & pernah buat juga.
Tapi off my head, tak boleh ingat semuanya.
Insya Allah, nanti akan diselit-papar ya.
Salam Nori.
Elok la tu. Kak G dah ada resipinya! Sabo jer tunggu.
Salam Nori.
Nampak pun sedap.
Datin sudah mahu memberi. Tunggu saja la ya.
Salam Nori.
Ya, Datin G memang pandai buatjenis2 tarts juga .. cuma beliau lebih gemar jenis savoury.
Salam Nori.
Betul2! Tunggu kak G bagi nanti.
Salam, kat blog saya ada resipinya, gambar pun yang original saya buat. Selalu buat bila semua anak2 balik. Kosnya memang tinggi, tapi rasanya lebih sedah dari cheesecake sec.recep..
Salam semua.
Terima kasih banyak ya.
Bangun sahur ni, saya sudah jenjalan membalas semua kunjungan.
Post a Comment