Saturday, July 31, 2010

MENANGGUNG SAMPAI KE TUA

Pagi ini saya menghadiri majlis doa selamat dan cukur rambut cucu jiran.  Mereka mengadakan majlis ini awal iaitu bermula pada pukul 9 pagi.  Katanya kerana Ustaz yang mengepalai marhaban ada urusan lain.

Saya sebenarnya nak kongsi cerita yang saya dengar semasa di majlis itu.  Mungkin elok untuk kita renungkan sebagai sempadan.

Jiran saya tadi mempunyai dua orang anak lelaki.  Kedua-duanya sudah pun bekerja dengan syarikat bapa mereka.

Apa yang nak diceritakan ialah bagaimana kedua-dua anak mereka ini masih terus bergantung kepada kedua ibu bapa untuk segala belanja mereka.  Walaupun dibayar gaji setaraf kelulusan mereka, ternyata gaji itu masih tidak cukup untuk keperluan mereka.

Semasa majlis tadi ramai jugalah bercerita hal ini.  Kasihan juga kepada ibu bapa.  Sampai bila ibu bapa nak menanggung anak-anak.  Ini seperti kedua ibu bapa terpaksa menanggung anak sampai ke tua.

3 comments:

Anaasuria said...

Salam..
kat mana silap nya ye kak.? nak kata mak ayah tak hantar sekolah, sampai ke menara gading udah dihantar.. apakah silap ayah ibu tidak mengisi nilai2 murni/akhlak yang baik, seperti amanah dan bertanggungjawab dalam diri anak2? ntahlah.. takut bila fikir kan, kita pun ada anak, and doa sangat semoga anak2 jadi orang yang berguna dan tidak menyusahkan orang lain..

Anonymous said...

Aslmkm.
Satu sempadan juga tu ... semoga satu saat anak akan insaf juga.
Kita pula sentiasalah memohon keredhaan Allah SWT.

Anonymous said...

Aslmkm.
Jengah jer ler. :)