Sunday, November 6, 2011

TAK MACAM RAYA

Semua orang mempunyai cara tersendiri menyambut Hari Raya Korban ini.  Apa yang utama ialah kita beribadah sesuai dengan ibadah

Selain bersama menunaikan solat sunat Aidiladha, kita hanya ikut buat korban saja.  Sedang di rumah biasa-biasa saja.  Memang tak macam raya Aidilfitri.

Selepas solat tadi saja jer buat kuah koci.  Kira sebagai hidangan untuk makan petang.  Jadi saya hidangkan di sini juga la.  :)

Thursday, October 20, 2011

SEMAKIN TURUN MINAT

Kiranya blog hanya boleh menjadi tempat mencurah rasa.  Sukar untuk mendapat teman berbicara rupanya.  Malah yang ada pun semakin kurang minat nampaknya!

Mungkin berehat dulu saja la!  Kalau ada yang lebih menarik, mungkin baru minat datang kembali!

Thursday, September 15, 2011

RUTIN BIASA

Sudah lebih dua minggu umat Islam merayakan kejayaan Ramadhan.  Sana sini masih lagi suasana Raya.  Sakan mengalahkan ibadah yang dirayakan.

Semalam suami komen bahawa kita sudah terlebih raya kerana lupa tujuan Raya.  Bukan sangat kerana agama tetapi sudah dibudayakan.  Jadi dah campur macam-macam unsur dan tiada barakahnya.

Jadi hari ini seisi keluarga berjanji akan menjalankan rutin biasa.  Mudah-mudahan di berkati.

Monday, August 29, 2011

Minal Aidil Wal Faizin.  Hari ini Hari Raya Aidlfitri yang mulia.  Bersama kita meraikannya dengan penuh kesyukuran.  Semoga ibadah Ramadhan mendapat ganjaran baik yang sarat, dan kita mendapat kemenangan dan berkat.
SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
SEMOGA DIBERKATI
Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, August 2, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Kita berjumpa Ramadhan sekali lagi di tahun ini. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur hingga ke saat ini dan mendapat peluang yang baik sebegini.

Sementara kita dianugerahkan umur dan waktu, marilah kita sama-sama menyemarakkan bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini sedaya upaya dan juga dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT merahmati kita dengan sepenuh keredhaanNYA. Amin.

Monday, July 18, 2011

TAK MUDAH JUGA MENDAPAT KAWAN

Sekarang dah rasa malas pula nak berblogging ni.  Ramai orang memang sudah ada kawan rakan sendiri.  Jadi mereka tak berminat mendapat kawan Maya baru.

Apa yang jelas bukan semua blogger mendapat reaksi dari blogger lain-lainnya bagi N3 mereka.  Saya perhatikan ada yang langsung tidak mendapat response.

Sedih juga rasanya.  Tapi apa nak buat!  Memang tak mudah mendapat kawan.

Thursday, June 16, 2011

HARGA MINYAK TURUN

Perasaan ni bercampur-baur pula dengan penurunan harga minyak kereta ni.  Sedang syarikat penerbangan sudah merancang untuk mengenakan surcaj, kerajaan tiba-tiba menurunkan harga jenis minyak yang dipakai orang majoriti.

Ramai rakyat sudah yakin bahawa pilihanaraya umum ke 13 akan diadakan dalam masa terdekat.  Banyak kerja-kerja persiapan ke arah ini sedang diilakukan oleh semua jabatan kerajaan.

Usaha ini dikatakan sebagai usaha untuk cuba meredakan kemarahan majoriti rakyat.  Kata majoriti ini, mereka takut ditumbangkan oleh tsunami yang jauh lebih teruk dari PRU 12 dulu.

Kita tunggu dan lihat saja.

Wednesday, June 1, 2011

APA NAK JADI?

Sejak beberapa bulan ada saja barang dan perkhidmatan yang dinaikkan harga.  Akhir-akhir ini pula, hampir setiap beberapa hari kita mendengar tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan itu dan ini.  Rimas betul dibuatnya.

Kini bukan saja harga minyak naik, tetapi harga tarif letrik pun akan dinaikkan juga.  Apa nak jadi ni?

Kenapa rakyat harus menanggung bebankan ini?  Apa maksudnya dengan duit kerajaan?   Bukankah segala wang dan hasil negara itu duit rakyat?

Wednesday, May 11, 2011

SARAPAN PAGI

Suami kata malas nak makan roti untuk pagi ini, tapi teringin nak makan meehoon goreng pula.  Walaupun rasa malas, goreng juga la.

Nasib baik ada juga daging, sawi dan sedikit lobak merah.  Hentam masuk saja semuanya.  Tapi kira boleh tahan juga rasanya.  Lihatlah rupanya di bawah ni.

Sarapan Pagi Ini

Suami pun tak cerewet sangat makan.   Walaupun saya potong daging tu besar dan rasanya agak liat sedikit, selamba jer dia makan.

Wednesday, May 4, 2011

CERITA MAKAN

Sekarang ni banyak isu-isu sensitif.  Tak kuasa nak melayan!  Cuma berdoa semoga kita tidak terkena tempias segala musibah.

Jadi ada tak ada cerita pasal rumahtangga, famili dan saudara terdekat saja.  Kalau personal, susah juga.

Oleh itu hari ini, saya kongsi masakan lauk hari inilah.  Sekadar mengisi ruang untuk update.  Hehe.

Sambal Terung
Udang Masak Kicap Pedas

Masak pun jenis mudah-mudah dan kosnya sederhana ke rendah.  Terpaksa lebih jimat dan berhati-hati.

Monday, April 18, 2011

GUNA ALAT MURAH JER!

Laptop ni selalu panas semacam saja.  Katanya pasal guna lama sangat.  Tak tahu benar ke tidak.

Semalam saja jer pergi pusing sekitar Pudu.  Kata suami dan anak, elok juga beli penyejuk laptop.  Jadi kita orang pusing lagi.

Akhirnya dapat la alat yang dicari.  Murah harganya jika dibandingkan dengan harga yang dijual di kedai kompleks membeli-belah.


Lihatlah rupanya seperti gambar di atas.  Boleh tahan la kan?

Monday, April 4, 2011

DI MANA HATI & PERASAAN?

Sungguh sedih dengan berita penderaan ke atas kanak-kanak Saiful Syazani hingga membawa maut.  Perbuatan seperti ini memang tidak berhati perut.  Di manakah hati dan perasaan guru yang melakukan perbuatan sekejam ini?

Kerana disyaki mencuri, seorang guru sanggup memukul seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang tidak berdaya begitu rupa.  Seorang anak berumur semuda itu telah didera hingga ke tahap maksima.  Deraan itu membuat mangsa kritis dan akhirnya meninggal dunia.

Walau apapun kesalahannya, tidak ada hukuman seperti itu dalam Firman Allah SWT.  Bayangkan seorang guru di sekolah agama melakukan perkara di luar batas agama!

Di mana lagi nak kita harapkan keadilan Islam ditegakkan?  Kalau di sekolah agama Islam, begini cara pentadbiran dan penguatkuasaan oleh guru-gurunya, mereka telah melanggar hukum Islam sendiri.

Sekarang perkara ini sudah menjadi kes jenayah.  Siasatan terperinci mesti dijalankan.  Semua mesti disiasat dan yang jelas bersalah dengan saksi mata mesti dibawa ke pengadilan.

Saturday, March 26, 2011

MAKAN CAKOI PANAS

Memang dah lama teringin nak buat cakoi ni sendiri.  Tapi tak juga buat-buat sampai la petang ni.  Tiba-tiba saja betul-betul datang mood untuk membuatnya.  Inilah hasilnya.


Dulu, terutama semasa kecil, memang selalu juga makan.  Sejak menjadi warga lama ni, selalu beli saja sebab ramai juga orang Melayu membuatnya untuk jualan.

Tapi semalam apabila baca tentang N3 tentang kedai kopi menjamukan kopi bercampur gelatin babi, dah la rasa loya pula.  Terbayang minum kopi dengan cakoi di kedai sedemikian.

Itu la sebenarnya sebab yang timbul mood untuk buat sendiri.  Jadilah dapatlah makan panas-panas.

Sunday, March 13, 2011

KERABU MEMBUKA SELERA

Sejak beberapa hari lepas suami asyik tak berselera makan.   Semalam ditanya kepadanya samaada teringin nak makan apa-apa, disebutnya kerabu.

Jadi semalam saya buat kerabu pucuk paku dan taugey.  Lama juga tak buat.  Agaknya itulah sebabnya sekelip mata saja habis sepinggan.

Kerabu Pucuk Paku & Taugey

Yang paling banyak makan memang suamilah.  Terus seleranya kembali dan berganda-ganda pula bila ada kerabu ni.

Sebenarnya teringin sangat nak buat tart keju tu.  Tengah menunggu resipi.  Nak tanya Datin la.

Thursday, March 3, 2011

SIAPA YANG ADA RESIPI TART INI?

Saya sekeluarga memang suka makan apa-apa masakan yang bercampur keju.  Tentulah kebanyakan masakan ini jenis manis.

Salah satu masakan yang amat digemari anak-anak ialah tart 'blueberry cheese' seperti gambar di bawah ini.  Memang kena belilah sebab saya tak tahu nak membuatnya.


Sekarang harga bagi tiap sebiji seperti ini adalah RM 2.50.  Jadi sekali makan, sebiji seorang saja sudah pun berjumlah RM 17.50. 

Abahnya sudah pun pencen.  Rasa juga kena jimat belanja.  Tapi nak buat sendiri pun tak tahu dan tak ada resepinya.

Kalau ada diantara yang singgah pandai membuatnya ataupun ada resipinya, harap sudilah berkongsi.  Saya akan jadi antara orang pertama segera ke blog rakan blogger.  Didahulukan dengan ucapan terima kasih banyak.

Monday, February 28, 2011

JOM PI TENGOK F1

Nampaknya ada yang tak berapa kena dengan penglibatan Malaysia di dalam F1.  Katanya respon sudah jauh merosot kebelakangan ini.  Tentulah ada sebab-sebab tertentu.

Antara sebab utama mungkinlah kerana promosinya kurang menarik sementara persaingan pula semakin sengit.  Sekurang-kurangnya sekarang Singapura pun sudah ada F1 dan nampaknya daya tarikan mereka sungguh kuat.

Apapun, sementara pihak pengurusan sedang menawarkan harga paling rendah sebanyak RM 60, jom kita ramai-ramai pergi tengok.  Kata orang, elok juga merasa suasana perlumbaan F1 yang sungguh menarik itu.

Mungkin juga kita kena duduk dekat atas rumput saja.  Tapi kita pergi buat ala-ala berkelah la.  Kalau ramai-ramai tentu seronok juga kan?

Tuesday, February 22, 2011

Hari Ahad kelmarin kita orang anak beranak pergi ke kenduri kahwin di Selayang.  Alang-alang dah dekat dengan Pasar Borong, kita orang singgah la.  Dapat juga beli tulang rawan dan paru serta sayur-sayuran.

Jadi hari ni, salah satu menu makanan ialah paru masak berlada.  Masakan ini memang menjadi kesukaan seisi keluarga.
 
Paru Masak Berlada

Cara masakan ini sama seperti masak daging berlada juga.  Paru dibersih dan direbus separuh masak.  Kemudian ianya dipotong nipis-nipis dan diperap bersama sedikit bawang putih, halia dan lada sulah.  Setelah itu digoreng hingga masak sedikit garing.

Selanjutnya masakan ini boleh dimasak ala masakan sambal.  Cuma cilinya dikisar sedikit kasar.  Kemudian masak dengan menumis dengan gunakan bawang merah, bawang besar dan asam keping atau air asam jawa.  Lengkapkan perasa dengan garam secukupnya.

Wednesday, February 9, 2011

PETUA NAIKKAN SERI MUKA

Semua orang risau bila mukanya naik jerawat atau ada noda-noda hitam.  Baik perempuan atau pun lelaki sama saja.

Ada beberapa cara sebenarnya untuk mengatasi masaalah ini.  Antara yang paling mujarab ialah dengan mencuci muka dengan hampas daun teh setiap hari.  Caranya ialah dengan membuatnya seperti masker dan lekatkan di muka.  Bila menggering, gosok perlahan-lahan.  Bilas dengan air suam-suam kuku.

Selain dari itu, boleh gunakan masker telur putih dengan kubis yang dimesin halus.  Caranya sama juga iaitu tampal dimuka.  Gosok keluar perlahan-lahan bila mengering.  Bilas dengan air suam.

Ada petua supaya amalkan membasuh muka dengan putih telur dan madu seminggu atau dua minggu sekali.  Tujuannya ialah supaya jerawat tidak mudah tumbuh.

Paling utama, setiap bangun pagi, uparkan kedua belah tangan hingga  rasa kehangatannya.  Tuamkan ke muka sambil membaca 'Bismillah' dan selawat Nabi.

Friday, February 4, 2011

CUTI RAYA CINA

Nampaknya ramai orang balik kampung ataupun pergi bercuti ke luar daerah.  Rasa sunyi pulak di kawasan perumahan ni.

Pastilah gara-gara cuti panjang dan anak-anak pun cuti sekolah juga.  Tinggal la beberapa keluarga saja; kira-kira untuk menjaga kawasan perumahan.


Sempena perayaan besar ini, saya pun ikut sama-sama mengucapkan selamat kepada semua kaum Cina di Malaysia.

Saturday, January 29, 2011

BURUK BETUL PERANGAI

Setiap kali ada pilihanraya orang kita mulalah saling kutuk mengutuk ke tahap maksima.  Kalau yang kafir tu kot la tak reti kerana bukan Islam.  Apa hal dengan mereka yang mengaku Islam tu?

Memang buruk betul perangai dan tingkahlaku orang Melayu.  Selalunya macam dibogelkan?  Apa tidaknya, habis rahsia sampai ke tempat tidur pun keluar.  Asalkan betul!

Kebanyakan dari yang didedahkan lebih merupakan fitnah dan mengumpat.  Jelas itu adalah ciri-ciri yang anti-Islamik.

Sampai bila nak begini? 

Sunday, January 23, 2011

MACAM-MACAM CERITA MENGEJUTKAN

Terkedu bila membaca berita tentang seorang ibu yang sanggup mengorbankan anaknya sendiri demi nafsu serakah suami.  Rasanya tak percaya ada manusia boleh bersikap begitu.

Saya petik sepenuh berita ini di bawah.  Baca sajalah sendiri.
"Mom presents 'virgin' daughter to husband

The mother, who is accused to have helped the husband rape her daughter.
A mother sent her 17-year-old daughter for a hymen-repair operation before arranging for her husband to rape the girl.
She also allegedly asked the girl to pose nude for the 37-year-old man.
The teenager said this in a court hearing in Hong Kong after rape charges were filed against her stepfather.
She said her parents had divorced when she was seven years old, after which her mother married the accused.
When she was 16, she said her 39-year old mother persuaded her to have sex with her stepfather.
"My mother wanted to fulfill his wish to bed a virgin, so she asked me to have sex with him but I was already not one, by then" she said.
She said when her mother found out, she forced her to get her hymen 'fixed' and threatened to cut off her fingers if she refused.
The girl eventually agreed to undergo the surgery in May last year.
After that, her mother planned a family holiday to Cheung Chau, with the aim of getting her husband to have sex with the girl.
The man, however, could not wait and raped the teenager at their home.
The teenager told the court that she had complained about the rape to her mother but she did not do anything to help her.
She then lodged a police report as advised by her boyfriend and a social worker."
Itu cerita orang bukan Islam.  Di Malaysia kita pula banyak cerita haruan makan anak di kalangan orang Melayu.  Islam sudah dilempar jauh!

Saturday, January 8, 2011

LAYAN SAJA LA

Bila nak menulis di blog saja datanglah mental block!  Tapi hari ini memang nekad nak buat update juga.  So layan sajalah.

Petang ni turun ke dapur awal sikit sebab ingat nak buat mee goreng.  Rupanya mee tercicir pulak.  Mungkin tak ambil beg mee selepas bayar tadi, atau tertinggal di salah satu gerai yang singgah tadi.

Maka jadilah bubur kacang.  Santan pula tak cukup lemak.  Makan sajalah!  :)


Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Tahun 2011 sudah pun membuka tirainya.  Hari ini kita semua membuka lembaran baru .. mudah-mudahan menuju ke arah matlamat yang terbaik.  Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

SELAMAT TAHUN BARU

Semoga kita semua diberkati dengan segala yang terbaik.  Amin.